Tuesday, September 30, 2014

Kuasa Nak Marah ada Pada HAti Sendiri?

asalamuaalaikum

Aku rasa bila nak marah aku perlu lontarkan dan keluarkan sisa dan Baki sakit Hati bila aku rasa perlu nak lalui ...rasa nak mengamuk dan nak maki
tapi kita dapat ke puas ati dengan apa yang orang kita nak maki kan dia pon sakit hati? kita? rasa lega ?
Kita dipermainkan dengan nafsu serakah yang hanya tau nak marah ..dah tak peduli siapa yang salah janji hati rasa lega dari gundah nak marah ..

Aku memang rasa kurang nak marah bila aku duduk tetiba ..nafas jgn cakap la..kalau hembus entah  leh jadi naga.hahaha...dengan anak jagan cakap la..bila ingat dia ahli syurga..aku terus lega ..tak jadi nak marah ke apa..bukan marah sebenar nya tapi lebih kepada hilang sabar dan iktibar macam mana nak ajar dia jadi anak yang baik lagi suka dengar apa yang umi dia bebel dan suh dia buat sesuatu yang aku tahu dia memang tak dia tak suka dan memang tak AKAN..

perlu aku marah tapi aku diam...aku rasa terjelur marah nak merayap keluar dari mulut yang dah lama aku arah suh diam dan gumam sorang2..

tapi aku berjaya hanya beberapa saat..dan kemudian aku macam lupa kat mana aku perlu mula start..ehhehe


Semalam danish batuk dengan agak kerap dan kuat..aku tau hidung dia jugak tersumbat tapi yang aku boleh buat hanya sapu minyak dekat tempat yang dia penat..

Sebelah rumah aku tak berpenghuni..dah agak lama tapi kalau dekat pukul dua pagi ..asyik berbunyi..mula dulu aku rasa takut sekarang kalau dah kerap aku pon dah start bengang dan benci..malam2 buta asyik nak ubah barang..dah sapa yang tak berang?

agak2 la kalau nak bgtau yang rumah tu ada "orang:"..

tuan rumah pun satu..aku dah tanya hint " akak kenapa tak sewakan?"..leh dengan nada lemah lembut dan senyum.." tak nak lah..sayang rumah  dan barang "
aku :" senyum tapi aku pendam nak cerita " rumah akak dah lama orang alih barang nak2 tengah malam"!
tapi aku : " bengang"





rumput jangan cakap la..binantang lain tengah rancak buat sarang..aku tau jugak duk usha umah aku yang kadang 2 ada lalang ..

jiran tetanga aku..anak dia sampaui demam ..sbb katanya dia nampak lembanga putih kepala hitam pagill dia waktu malam ..ssbb masa tu budak2 tu rancak sangat gelak dan suka tepi padang mainan..
bagi aku : bukan sbb aku sokong hantu tu..tp bagus jugak dia buat gitu..kalau tak  tengah malam duk main2 gelak suka laki dan perempuan..mana tak hnatu tu tak join?

mode aku  skrang : geram,! bilamana ada sesentengah jiran lain tanya " nat tak takut ke ?"
kesian nat..anak dia sampai demam ..nat...sbb nampak benda alah tu"....aakak sebenarnya kesian nak cerita..tp tak leh tahannn dahh!
aku : "tak ada apa pun kak"alhamdulilah lah..tak apa lah..
padahal dalam hati " siapa lah yang aku perlu ajak teman nanti malam"ehhehe


perubahan hormon ! marah benda biasa
hehehe
ok by2 asalamualaalikum

Monday, September 29, 2014

salahkah kalau berkongsi?

asalamuaalaikum..

PAgi ni aku bangun aku dapat rasa kan yang aura pemalas tu jauh2 dia datang hinggap...dan aku rasakan yang Danish kian menghimpit ketiak kunun nak mengajak aku untuk lebih lama berpelukan dengan dia..bertapa manja dia skrg...huhuu dan skrg !!! aura pemalas tu masih melekat ..aku dah sampai pejabat! alhamdulilah..
hahhaha apa la aku merepek ni..so abaikan je lah..>>


cuma aku nak ketawa bila ingat balik danish mula buka mata dia yang kecik dan bulat tu..danish seolah tekejut tgk rambut ummii dia yang mcm pokok kelapa kena ribut..botol susu dia kat sebelah telingga aku..then aku ingat lagi dia pejam mata banyak kali...banyak kali..ahhahah "mesti tak percaya umii dia begitu selamba dan ayu....hahhaha..ayu ke???

maaf aku dah melalut ..\

aku nak kongsi kan cerita pasal "kongsi"

kongsi yang aku nak ketengahkan hanya pada bidalan kecik yang aku rasa patut aku labelkan sebagai "harta bukan milik kita"

bukan hanya untuk titile suami berkahwin dua atau tiga..tp kongsi gembira dengan apa yang kita ada dan kita mampu memberi dan kalau boleh tak yah nak beerterima bukan sombong atau riak tp tangan kanan dan kiri kadang2 ada rahsia mereka sendiri..tak perlu nak meninggi diri dan nak show off sana sini yang kita ni selalu sangat jadi pemberi..


macam2 cara yang kita ada untuk atur strategi untuk "up" harta pahala dan "delete" some of " dosa"
cuma kita perlu ada niat dan etika
aku kadang-kadang alpa nak buat apa dengan baki yang ada walaupun hanya tak seberapa ,
aku boleh habiskan hanya dengan belanja hapa2 yang bagi orang lain nilainya amatlah berharga..
aku insaf seketika tu pon kalau en bobot ada ..ceramah sket2 pasal belanja 10 minit palling lama
lepas tu aku mcm kena penyakit pelupa..


siap aku bg jawapan untuk skema" membantu ekonomi bersama "dengan membeli dan guna
en bobot geleng je kepala dan rasa macam dah tak guna abis masa guna tenaga siap dengan belakon semula macam mana ayat aku nak pow dia..keh3

aku pon tanya la dia ..mcm mana nak mula"
en bobot kata " ok mulakan dengan sedekah senyum dulu "
dan alhamdulilah dari pagi tadi aku menten senyum walaupon air kopi tumpah
"x apa janji sedekah"boleh?

masih ada kedekut di situ kata en bobot "

ok fine!

berkongsi minat dan hobi yang leh mendatangkan pendapatan bg orang lain jugak boleh aku klasifikasi kan ?

ya ? macam2 medium yang ada dan tengah tunggu untuk kita guna
untuk apply semua asal janji leh tolong dan bantu apa2 yang tak kena..
dan yang paling penting utamakan erti Redha dari si Dia..Allah S.W.T

bukan semua kita redah dan jenis halalkan semua cara ....

aku harap dengan "berkongsi " kita semua diberkati dan dirahmati oleh Pencipta Abadi..amin

aku baru baca artikel mana aku dah tak pasti" tentang menjemput rezeki dengan berkongsi dan bertanya hal dengan ahli keluarga terdekat sendiri " itu patut diberi ...dan kita sekarang...bertanya hal dan aib kawan sendiri menjadi ruji hari2...dimana kita saat ini???

aku tak bebel dekat orang lain...untuk diiri sendiri dan aku insan yang tak suci dari dosa hari2..
maafkan aku..

tata
asalamuaalaikum





   

Friday, September 19, 2014

senyum je bukan susah

asalamuaalaikum

kes pagi tadi

aku bangun aku senyum dan aku gelak pastu en bobot tanya kenapa aku bertindak demikian? ( ayat skema lah sket kan)

aku cerita dengan siap lakonan pasal malam tadi..

aku terjaga sbbnya aku dengar suara danish menangis..selalunya kalau bab dia menangis manja2 tu kes dia jatuh dari katil..dia jenis memang tido swing 360 ..so aku bangun separuh  aku tengok keliling ,,selalunya aku kutip dan bg tido semula..hehhe

aku pon pangil .."danish...danish"
pastu aku nmpk lembaga kecil  kat depan bilik air..bediri sambil menangis mengadap pintu
dengar je suara aku..terus dia belari nek ke katil balik...pastu pejam mata macam dia tido sennag je
entah kenapa dia boleh turun dari katil mengadap bilik air tu..bilik air tu memang aku on lampu bila malam ..so aku rasa dia memang aku kat dalam..

pastu en bobot bg respon senyum dan cakap ye ke
kemudian salam en  bobot keluar berbasikal
ok fine!!1
hhehheh

bye2 asalamuaalaikummm




tabiat orang kita

asalamuaalaikum

kita perlu jemput rezeki dan berusaha..matlamat kita setiap hari
hehehhe..

aku tak berapa nak faham kenapa kita nak mengalah dengan tabiat huduh kita "huduh"( orang utara kata buruk sgt la ")
padahal kita juara "!

memang setiap insan kita juara! (aku rasa ramai yang faham kenapa aku kata kita juara )

contoh kes

ada sorang mamat ni datang tanya soklan " hmm puan kat mana ya saya nak ambik selepas saya buat bayaran?"
padahal kat depan dah terpampang arahan
mula2 aku leh layan tapi kalau dah berterusan
siapa yang tahan?
hehehe

aku faham budaya kita berbudi bahasa tapi kalau budaya tak nak membaca dan asyik tanya soklan yang dah sama? bila kita nak berjaya???x  gitu??
kadang2 aku tengok dan aku hadap perangai orang kita..
aku rasa kagum dengan orang luar bangsa kita..
bukan nya dari segi semua..tp kalau bab membaca ..

dan bila kita pon nak sama?

dan kenapa kita hanya perlu lihat dan tunnggu ja?

betul ...." kalau tak bertanya sesat jalan" tp kena faham.."soalan tu dah ada jawapan ke tidak"kalau dah terpampang tunggu awak baham dah faham.." ye la kan..siapa yang nak dipersalahkan?

bukan cerita nak bengang or berang..tp aku rasa aku hanya nak mengarang marah dan kesabaran yang aku pendam dan aku tanam..

korang faham???/
tak faham..dah jangan layan


ok bye2..asalamuaalaikum





mak ayah kalau dah kecik hati..

asalamuualaikum

Last call mak aku semalam...suara mak macam sunyi..ke aku yang dengar background sunyi..
hehee
aku tanya mak" mak tgh buat apa ?.
mak : hmmm tak buat apa2 ..bukan nya ada sesapa kat umah pon"

definisi aku disini ..kalau ada hamba Allah dalam rumah mak..memang mak akan ada tenaga dan usaha nak memeriah kan suasana dan kenyangkan perut yang ada ...

tp bila mak hint tak ada sesiapa..ada dua makna
fisrt mak sunyi dan tak ada sesiap nak bersuara kalau ayah hanya ada certain2 masa
2nd mak boleh berehat dan menjadi tuan rumah semula.

mak...mak..tp bila mak tanya bila nak baliknya ??
aku hanya cakap " ok mak cuti rehat hanya ada sekerat"

pastu mak diam dan tone suara pun mcm sket suramm

aku tukar tajuk cerita niat nak mak rasa gembira..
"apa kata mak datang sini ?" boleh la mak...alang- alang cuti skolah  ni
mak :" hmm tu kena tanya ayah ang la "
( hint mak memang nak datang )

mak : "ayah ang kalau bab jalan tak yah tanya meman dia boleh ja tu "
aku :" ok mak datang lama sket tau "

mak "" tengok lah"...

semalam aku call lagi hanya nak tanya bila nak geraknya ?
kebetulan ayah ada
dia kat belakang mungkin

ayah :" kenapa ? hampa tak ada ka bila kami sampai sana?"
aku :"hulpppp"...ha tak ada lah..nak pesan bawak keta elok2..

ayah: " aku tak rabun lagi " boleh lagi bawak
( ayah kalau dia ada kecik hati dengan mana2 angkota anak ddia ..semuanya akan merasa walaupun tempias ) yes..termasuk aku!

dengan soklan carring kita pun dia akan manipulasi jadi mcm ayat kecik hati...tu ayah!...

tp aku diam dan buat gelak.
..tp gelak aku takot dan tak sabaq nak letak
..bukan nak derhaka
 takut soklan seterusnya macam serupa skema jawapannya
 baik aku elak sebelum kena
hehehe

tp lepas  tu aku soal tanya mak
aku :'kenapa dengan suami mak?"
mak : "entah ..dia kecik ati dengan semua anak"mula dengan hang punya kakak2 la..
aku :" ok....pasaipaaaa"..( ayat tone kena slow dan tajam )hehehheh
mak :" biasalah ayah ang...depa suma jalan x offer dia "
aku :"hahahhahhaaha .." ( pastu aku dengar mak bisik " ayah ang kat belakang:")
tp selalunya aku tau mak loud speaker bila on hp
macam la ayah x tau.yang tengah mengumpat beliau....

Tp luahan mak ayan kalau kecik hati dengan anak2 agak halus dan tajam..boleh tengok dari segi riak janggut dan misai beliau ketika marah mak pulak dengan senyum dia yang agak tawar dan kurang manis

selalunya bukan pasal major kes..
contoh kes

aku pernah marah anak buah cucu kesayangan mak ayah
masa tu aku dapat tengok muka mak yang berubah dan tak nak bg respon bila aku buat2 ramah
iqbal lak masa tu siap senyum tanda kemenangan yang sesapa pun tak akan dapat dalam rumah tu..milik tunggal....








bila masa kita perlu berpisah

asalamuaalaikum

baru tadi aku ditinggalkan lagi dr mak ayah untuk sekian kali..susah aku nak unggkap dan aku betah apa yang ayah cakap semua macam satu perintah untuk aku dengar tanpa cakap betul atau salah..
aku risau keadaan ayah
ye lah..dia yang drive dari Pahang ke Kedah
walaupun mak kat sebelah
apa 2 jadi ayah jugak yang susah

bukan nya aku dapat tolong apa2 dari sini

hanya call /sms wakilkan diri
mana nak sama depan nak hadapi

dari semalam aku dengar plan ayah nak kesana kesini
nun di kelantan nak bawak kete sendiri tak nak kami ikut sekali
sampaiii hati
hehhehe ( ayah aku seorang kaki yang tak leh duduk diam  ,memang dia jenis suka berjalan..)

macam- macam aku pujuk suh duduk lagi kat sini
bukan selalu pon nak rajinkan diri bertandang umah anak seendiri
rupanya semua tak menjadi..
mak aku lak siap suh aku cakap sendiri
mula aku yakin la leh pujuk hati
ayah lak bentang kan fakta kenapa dia nak balik sendiri dan tak sabar tu..ari ni

bau wangian masakan mak dalam rumah belum lagi hilang
aku dah kena cium tangan mak tanda mak nak pulang
sedih jangan ..
takut mak lagi beban
aku pun buat2 la riang
padahal dalam hati bukan kepalang
dah la raya haji dah nak datang..
huhuhu..
kalau lah aku boleh tumpang...

ok tata
salam bau kg halaman
asalamuaalaikummm

Thursday, September 18, 2014

aku tekad nak lawan jugak

asalamuaalaikum

Betul la orang kata
musuh yang paling hampir dengan kita ialah diri sendiri
susah kita nak lawan dengan kehendak diri bilamana ketamakan harta dunia jadi tumpuan
masa tu la...dalam htii.."eh semua ni ok dan kita leh halalkan segala cara" mahupun dari sudut hati yang tak seberapa ..masih kata "uhhh ni dosa"

tp gagah kan jugak pejam ja mata
kita kan ikut predaran semasa
esok kita lupa la..
elok la..dah kalau mati siapa nak tanggung dosa?

aku bukan cakap sesiapa dan aku pun bukan nya jenis suci dari dosa
tapi aku nak tanam dan suburkan perkara yang aku tak berapa gemar nak baham

pastu kita kena tekad memang nak lawan
tapi bila kita nak mula dan tanam ?

sikap aku yang selalu hangat2 tahi ayam tu perkara mula aku nak lawan..

tapi ambil masa yang  terlalu lama dan bosan

2) sikap aku yang suka berbelanja ikut suka dan rasa padahal gaji tak seberapa

3) sikap yang suka merajuk dengan en bobot kemudia kena pujuk diri sendiri

4) nak buat semua perkara kalau boleh dalam satu masa ( hasil nya memang kena buat semula )

5) aku dah mula satu bisnes tapi aku takut nak mulakan..entah aku tak pasti telalu banyak yang aku risau dan aku sendiri pun tak faham bila dan kat mana yang aku perlu beri soklan

sebenarnya banyak lagi
tapi aku nak mula dari yang xde number
hehehhe
bila kita mula nak melangkah kalau kita sendiri tak tau dari mana kita nak mula dan kenal pintu mana betul atau salah

tu salah diri sendiri dan perlu rawatan segera kalau tak ..kita tetap kat takut yang sama dan tak bergerak2

ok bye2 asalamuaalaikum.

..



Monday, September 15, 2014

kena istiqomah


asalamuaalaikum

aku pon tak pasti kenapa aku perlu akan tajuk tu?

entah

tp...bila kita suka akan sesuatu...perlu untuk kita istiqamah untuk dapat balik apa yang terbaik untuk kita..
pernah kita suka sesuatu tp belum tentu terbaik ? sudah tentu pernah..sbb dalam hidup kita sentiasa ada pilihan dan lencongan...

wehh..wehh.,..apa aku dah meraban..

ok..yg aku nak sampaikan ni..bukan la apa sgt pon..tp pasal apa yang aku dah pakai dan aku suka berkongsi...sbb aku yakin raamaii yang suka apa yang kita pon suka...walaupon tak semua...

tak gitu???

sebelum ni dah apply tabita..alhamdulilah...berkesan tp aku bukan jenis yg suka telalu ambik masa untuk apply 2 benda satu masa,
 nak2 bila malam ..masa aku kadang2 letak je kepala..terus ja lena..heheh
so aku rasa aku dah jumpa penyelesaiannya...aku just kena pakai krim nite nya je..dan siang..apply dekat muka bila  rasa "ohh ni masanya"hahahha

mula2 dulu..aku tak berapa suka..sbb kulit muka berminyak dan rasa melekit..tp yg bestnya..bila aku try dalam 2 minggu terus tone kulit muka dah clear...wauuuhuu..tu pon just apply bila aku rasa suka...cuba bayang kalau pakai penuh displin??wahhh dispilinnn..hahha
tak ke gubuuuu???


harga nya pon tak mahal mana..harga mampu milik katanya...alhamdulilah..kadang2 kalau kita nak cantik bukan untuk orang lain./.tp untuk  hargai diri sendiri  gembira dan bukan untuk perasan cantik atau lawa..
bayang kalau jerawat penuh muka jeragat melekat mcm kulit berdaki dan tak berseri?mana keyakinan diri???
masa tu rasa kalau kita jumpa orang yang berdrii lawa dan sexy..rasa mcm nak masuk dalam poket seluar suami ( sbb poket suami selalunye besar"hahhaa) ...ok2

apa lah salah kalau nak belanja untuk diri sendiri?siapa lagi yang nak kasi kita happy?"

oleh yg demikiann...sila la dapatkan...
"wonder glow"

In Sha Allah satu set leh tahan dua bulan

macam promoter>>hahhahhahah


Wednesday, September 10, 2014

rindu

RIndu..
Asalamuaalaikum
Rinduu tu penyakit? Yes penyakit! Hahhaa
Danish semakin hilang bau baby dia yang dulu..bau susu basi yang lemak n hapak...hehehe.menyamankan bila kita hidu ..nak2 lak kalau dia baru bangun dari tido ada baki susu yang dia minum malam td bersisa ditepi. sedapp baunya..hahhahaha ( sila faham ya dansih )...hmmm


Keletah dia buat aku hilang hari dah masa...mata hanya nak menjamah tubuh gagah pekasa ..gelak tawa dia buat aku rasa tgk movie midnight  yang buat kita mengantuk tp cerita best..ha mcm gitu..hahha
Tak faham ?kan...ok dah! Jgn layan..


Danish jugak kadang2 buat suara aku jadi mcm tarzan jadian..malu pada jiran..tp buat cover kata gurau ngan anak terkejan2..mana tak nya pisau dah kat tangan ,,dia lak senyum sambil letak ngan lengan...siapa yang tak jd tarzan?
Tak tahan bila dia panjat grill pintu depan..pengasuh dia pon  jenggah ..almaklum rumah kami berdepan...mesti ingat Danish dah kena rotan ...sbb danish panjat beriya2 mcm minta pertolongan..hehe


Bila kat pejabat..tak sabar nak jejak pagar rumah..ye la berdukung dengan  Danish yang dah sedia ramah..kadang 2 bila dia bercakap dengan gaya dan tangan macam minta aku faham apa yang dia gumam..tp maafkan umi syg..umii terlalu simple dan cepat gundah kalau aawak sampaikan dalam nada yang awak je fahamm....


Semua remote dalam rumah jadi mainan belakon jadi macam bercakap  handphone ..
Danish ..umi  layankan je lah..kadang umi yang bg dialog...hahaha...kadang iya kan macam umi faham.siap cakap.”ohhh gitu ke?” ok2...

Itu penutup cerita rindu..bnyk rindu yang tebal ..akan aku cairkan dalam bnyk jenis medium yang aku rasa..biar aku je yang faham..


RINDU..asalamuualaikum










Tuesday, September 9, 2014

raya dah tamat dah pon kan..


Asalamuaalaikum...

Dah abih raya pon..aku baru raasa terhegeh2 untuk masuk cerita ceritun pasal raya..kalau lemang tu..buluh lemang pon leh reput dah kalau nak tunggu kerajinan aku yang kadang2 ada dan kadang2  hadooo..ehehe

 Skrg ni aku nak ringkas kan cerita..semua..ok semua..hehehe ( kuunnnunn la kan )
Tahun lepas dengan selamba aku balik raya kedah dengan Danish dan pagi raya call en bobot ..
“ eh silap..en bobot yang call “...

Then as usual husband n wife mesti la kena emo2 dulu kan..hihikk..

Ucapkan selamat hari raya b..maaf zahir n batin tau..”..pastu en bobot ponn ckp ok..sama la b pon..”
Tup2 tanya mana Danish..meh sini nak ckp dgn Danish .” (pandai la pulak Danish tu nak bercakap kan dlm usia 5 bulan gituewww..)

Aku iya kan ja..faham2 je la kalau orang kena keja hari raya guana kan..
Then aku siap2 tanya dah..”.x apa b..tahun depan kita raya kedah lagi ya?...”
En bobot gelak sgt kuat “ may be terlalu kuat angan2 aku kot bg dia “ sgt kuat !..masa tu aku dah syak..gelak dia bukan KETAWA..tp gelak sbb boleh tahan SABAR.”
En bobot malas nak layan wife dia yg masih mood kunun beraya single..so dia buat2 busy..
Then tahun nii...yes baru aku tau..gelak en bobot tu betul....KETAWA  tu BETUL..
Aku beraya dia kg halaman en bobot..
Tu sepatutnya aku diam kan je la kan ritu..huh..

Aku yg sepatut nya gelak kat diri sendiri..sbb kuat sgt berangan !
Yg pasti nya tahun ni raya pertama aku dia kg  halaman en bobot..alhamdulilah..best then meriah..
Danish lak leh buat mcm lupa diiri beraya..kemain la dia,,sbb tahun ni dia dh leh berjalan..buat umi dia terpaksa pakai selipar je okeh..

Ptg raya kedua..

Selang 30 minit ( kira pulak aku masa tu kan ) aku Tanya en bobot “ bila kita nak gerak ?” jgn lewat sgt k..tak nak sampai umah mak  lewat “cehceh padahal aku nak hint kat en bobot “ Jom la gerak SEKARANG “!hehehhe
En bobot lak “ ok la lepas asar kita gerak “hmmmm gut hint..kalau dia kata esok kita balik..”memang akan aada orang meroyan bilang batang lemang selang 30 minit ! comfirm..!
So asar je..aku dah siap packing..” balik raya kita akan rasa lain mcm sket perasaan “ padahal sebelum mcm lah tak pernah balik”..hehe

Aku tunggu en bobot bangun beradu...haihhhh kemain laigi dia berdengkur...penat sgt beraaya ke?segan la aku nak kejut beriya en bobot tu kang mak mertua aku kata “haihhh tak sabar sgt dah nak balik ke “ pdahal dlm hati “ yess makk tak sabar sgt nak balik “hehhehe
Tetiba hujan lebat turun dengan guruh kuat sgt...tetiba aku teringat..kalau waktu hujan doa kita dimakbulkan..”entah aku lupa aku baca dimana..aku doa dlm hati
Kalau hujan ni buat en bobot tidur lg nyenyak...Kau kejutkan la dia dengan rahmat hujjan ni..”mudah dan selamatkan perjalanan kami sekeluarga”

Tak lama kemudian aku nmpk en bobot turun dlm keadaan tergopoh gapah..kelakar pon hade !hahaha
Dia cari aku “ eh syg dah angkat baju lom kat ampaian ?”td b dengar guruh kuat sgt sampai b terkejut teringat syg basuh baju td pg  kan “?....

Aku bersyukur..hehhe ( doa dimakbulkan )...
Aku “ ha ? eh dah siap lipat dah b “..jom la..
En bobot “ha ok2..b nak mandi dulu pas isyak kita gerak ok syg ?”...
Aku : “oh ye ke ha kalau gitu pagi esok je la nak ?...”“ tetiba aku lak rasa nak KETAWA “ sbb tahan marah...
En bobot “ hmmmm ok gak gituw kan?”...x apa tgk dulu mcm mana mlm ni...
( aku rasa ketika tu nmpk dah muka aku kalau jd naga guana “)hahhahah memang sengaja nak TEST turbo angin dlm badan aku la tu..

Tp seperti yg dijanji kan..hehhe lepas magrib en bobot dah siap..yahoooo...balik raya...selalunya bab loading barang tu keja en bobot..tp kali ni aku yang laju loading barang..agak gelojoh jugak la kan.hhahaha..Tak lama tu en bobot suarakan mcm ni “ ok ke kalau danish tu duduk sorang kat belakang?”..aku..”hmmmmm a’ah kan...syg kena duk belakang la ni ya ?” perjalanan malam tu...terasa jauh sgt ..hahhaa tetiba je nak emosi..ahhaha

oleh yang demikian cerita raya aku..






mood tak berapa nak ok sangat ..mode bangun awal pagi
#mandiairpaipsejuk



aku pon tak berapa nak ok sgt mood nya
#selang30minittengokjam



enbobot kata tak aci gambar dia tak ready


ok lagi sekali..baru dia enbobot kata ok pass!
#entahapa2
#layankanjela

nampak...?ceria lain macam je kalau kat kg sendiri.hahahha
danish mcm kena paksa
#danishspoilmood

ni promosi untuk shawl yang akan dijual awal bulan depan 
in sha Allah..
hehehe
#mcm2nakjualnya


masa ni mak mcm kena paksa gak..hahha
sorry mak..


masa ni..gtau en bobot
b"..danish suka sgt ngan rabbit tu..kita ambik la satu nak ?
en bobot .." ye?ok la nanti bela la sekor
dulu2..kalau aku yang tanya..
aku :  b..kita bela rabbit nak?
en bobot :" eh tak ya la..susah nak g mana2 nanti
skrg kalau danish suma ok
#takadilokeh
haha

kakak aku pon dah glow skgr..
promosi wonderglow yea
:)))


teknik kurus
sembunyi kan badan anda disebalik orang yang agak besar sedikit
hehhe

danish skrgg dah pandai buat bunyi blokoff

peristiwa raya katakan..haruslah muka sihat dan ceria..heheh






mcam biasa kalau kita suh senyum..















danish lepas raya..
menten 


 ok jumpa lagi..
asalamuaalaikum